BERTEMPAT DIPERKARANGAN PEJABAT UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR, DI KUALA KUBU BHARU, SAMBUTAN MERDEKA KE 51 TELAH DIADAKAN. SAMBUTAN SEDERHANA TETAPI MERIAH ITU DIHADIRI OLEH KOMINITI SEKITAR DAERAH HULU SELANGOR. TURUT SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS GILANG GEMILANG ITU IALAH YB DATO' HJ MOHD IDRIS ABU BAKAR, ADUN HULU BERNAM YANG JUGA KETUA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR, YB TUAN MOHD ISA ABU KASSIM, ADUN BATANG KALI YANG JUGA KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR, YB TUAN WONG KUN MOON, ADUN KUALA KUBU BHARU YANG JUGA KETUA MCA BAHAGIAN HULU SELANGOR. SELAIN ITU, PEMIMPIN KOMPONEN BARISAN NASIONAL DAN PEMIMPIN MASYARAKAT TURUT SAMA MELAUNGKAN "MERDEKA" APABILA TEPAT JAM 12.00 TENGAH MALAM DENGAN UPACARA MENAIKKAN JALUR GEMILANG OLEH YB DATO' HJ MOHD IDRIS. JALUR GEMILANG TELAH DIBAWA OLEH PASUKAN MOTOR BERKUASA TINGGI OLEH PEMUDA BARISAN NASIONAL.
MAJLIS YANG BERMULA JAM 9.00 MALAM ITU TURUT DIHIASI DENGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK, DEKLAMASI PUISI MERDEKA. TARIAN DARI BERBAGAI KAUM.
YB DATO' HJ MOHD IDRIS DALAM UCAPANNYA MENYATAKAN BAHAWA KOMINITI DAERAH HULU SELANGOR MASIH KEKAL SETIA DAN TETAP MENGINGATI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.
"SESIAPAPUN TIDAK BOLEH MENAFIKAN BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG SEBELUMNYA KERAJAAN PERIKATAN, TELAH MEMERDEKAKAN NEGARA KITA MALAYSIA DARI CENGKAMAN PENJAJAH" KATA YB DATO' HJ MOHD IDRIS PENUH SEMANGAT.