Ahad, 20 Julai 2008

QIAMULLAIL BERSAMA ADUN BATANG KALI

Majlis Ilmu Qiamullail Bersama ADUN Batang Kali berjaya diadakan di Masjid Hulu Rening, Batang Kali pada 20 Julai 2008. Majlis tersebut dihadiri bersama YB Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim, ADUN Batang Kali. Majlis seumpamanya adalah kali kedua selepas pertamakali diadakan di Masjid Kampung Melayu Rasa.
Menurut YB Isa, sambutan ahli kariah masjid amat menggalakan. Ia akan diadakan setiap bulan di masjid berlainan, dikawasan DUN Batang Kali. Katanya, Qiamullail diadakan untuk menyatukan ummah seluruh kawasan Batang Kali. Ia berlangsung tanpa pengaruh politik. Majlis ini tidak membezakan prinsip dan pegangan politik masing-masing.
" Alhamdulillah, kominiti dikawasan Batang Kali boleh menerima hakikat ini, kita dapat bersatu di Rumah Allah dengan tenang dan wujud semangat ukhuwah yang mendalam, harapan saya, tali silaturrahim akan terus berkekalan " ujar YB Isa.
Sementara itu, Tuan Hj Zahidan Abdullah, selaku Pengerusi Biro Agama untuk DUN Barang Kali menyatakan rasa gembiranya kerana penerimaan masyarakat khasnya dikariah Masjid Hulu Rening begitu menggalakkan. Majlsi seperti ini akan diteruskan pula dilain-lain masjid.
Aturcara:
4.30 pagi Ketibaan Jemaah/Jemputan
5.00 pagi Solat Sunat & Zikir Munajat
6.00 pagi Solat & Kuliah Subuh
(Pimpinan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim
7.30 pagi Majlis Bersurai