Rabu, 30 Julai 2008

FORUM ISRA' MIKRAJ

BADAN DAKWAH ISLAMIAH, PEJABAT ADUN BATANG KALI AKAN MENGADAKAN FORUM ISRA' MIKRAJ PADA AHAD, 3 OGOS 2008, JAM 9.00 MALAM DI DEWAN KOMINITI BANDAR UTAMA BATANG KALI. FORUM YANG MEMBAWA MOTTO "HIJRAH MINDA MELALUI ALIRAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH" ITU AKAN DI PIMPIN OLEH USTAZ AIDOL MUNIR AKBAR DENGAN PANEL YANG TERDIRI DARI USTAZ MOHD HAZRI BIN HASHIM DAN USTAZ ASHAARI BIN JUMINGAN.
MENURUT PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM TERSEBUT, HJ ZAHIDAN BIN ABDULLAH, PROGRAM SEPERTI ITU ADALAH UNTUK MEMBERI CURAHAN ILMU KEPADA MASYARAKAT SUPAYA LEBIH MENDALAMI ERTI KEHIDUPAN DENGAN MENDAPAT KEREDAAN ALLAH.
PROGRAM ANJURAN BDI ITU ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM YANG DIATUR SELAIN MAJLIS QIAMULLAIL YANG AKAN DIADAKAN DISELURUH KAWASAN DUN BATANG KALI SETIAP BULAN.
"KAMI MENGATUR DENGAN KERJASAMA PENCERAMAH-PERNCERAMAH YANG DIDATANGKAN KHAS, SAMAADA DARI KAWASAN BATANG KALI ATAU DARI LUAR" JELAS HJ ZAHIDAN.
ANGGOTA MASYARAKAT ADALAH DIJEMPUT HADIR KEMAJLIS TERSEBUT.

Ahad, 20 Julai 2008

QIAMULLAIL BERSAMA ADUN BATANG KALI

Majlis Ilmu Qiamullail Bersama ADUN Batang Kali berjaya diadakan di Masjid Hulu Rening, Batang Kali pada 20 Julai 2008. Majlis tersebut dihadiri bersama YB Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim, ADUN Batang Kali. Majlis seumpamanya adalah kali kedua selepas pertamakali diadakan di Masjid Kampung Melayu Rasa.
Menurut YB Isa, sambutan ahli kariah masjid amat menggalakan. Ia akan diadakan setiap bulan di masjid berlainan, dikawasan DUN Batang Kali. Katanya, Qiamullail diadakan untuk menyatukan ummah seluruh kawasan Batang Kali. Ia berlangsung tanpa pengaruh politik. Majlis ini tidak membezakan prinsip dan pegangan politik masing-masing.
" Alhamdulillah, kominiti dikawasan Batang Kali boleh menerima hakikat ini, kita dapat bersatu di Rumah Allah dengan tenang dan wujud semangat ukhuwah yang mendalam, harapan saya, tali silaturrahim akan terus berkekalan " ujar YB Isa.
Sementara itu, Tuan Hj Zahidan Abdullah, selaku Pengerusi Biro Agama untuk DUN Barang Kali menyatakan rasa gembiranya kerana penerimaan masyarakat khasnya dikariah Masjid Hulu Rening begitu menggalakkan. Majlsi seperti ini akan diteruskan pula dilain-lain masjid.
Aturcara:
4.30 pagi Ketibaan Jemaah/Jemputan
5.00 pagi Solat Sunat & Zikir Munajat
6.00 pagi Solat & Kuliah Subuh
(Pimpinan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim
7.30 pagi Majlis Bersurai

Jumaat, 18 Julai 2008

RENUNGAN HARI JUMAAT OLEH YB ISA - 18 JULAI 2008.

Drpd Anas bin Malik r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: " Permudahkanlah, janganlah Menyusahkan, Tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu " (HR Al Bukhari & Muslim).

Jumaat, 11 Julai 2008

BBK JULAI 2008 MS 8


BBK JULAI 2008 MS 7


BBK JULAI 2008 MS 6


BBK JULAI 2008 MS 5


BBK JULAI 2008 MS 4


BBK JULAI 2008 MS 3


BBK JULAI 2008 MS 2


BULETIN BATANG KALI BIL 01/JULAI 2008

ADUN BATANG KALI TELAH MENERBITKAN BULETIN BATANG KALI SEBAGAI ALAT KOMIKASI KEPADA RAKYAT DI DUN BATANG KALI. NASKAH BBK AKAN DI EDARKAN SECARA PERCUMA. BAGI YANG TIDAK DAPAT NASKAH TERSEBUT, BBK AKAN MEMAPARKANNYA MELALUI BBK.

RENUNGAN HARI JUMAAT OLEH YB ISA


Berdakwah tidak semestinya menyampaikan syarahan berkaitan Agama Islam dipentas-pentas terbuka, masjid, surau atau dimana-mana. Selagi ia menyampaikan sesuatu ilmu, ia tetap dianggap berdakwah. Kata bestari: sampaikanlah apa saja selagi ia menuju kepada jalan kebaikan.

YB Isa telah mengambil pendekatan murni apabila menyampaikan “ilmu” melalui SMS. Elok rasanya, Renungan Hari Jumaat yang dikirmkan kepada sahabat handai, dimanfaatkan didalam Buletin Batang Kali ini. InsyaAllah, usaha beliau akan mendapat ganjaran Allah jua. Biarpun pendek, ia dapat menjadi panduan kepada yang terlupa.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan fizikal dan rohani untuk terus “berkominikasi” kepada seluruh Hamba Allah. Melalui penyiaran Renungan Hari Jumaat ini dilaman blog ini, ia akan ditatapi oleh semua pengunjung seluruh dunia.


RENUNGAN HARI JUMAAT – 11 JULAI 2008


“ HATI-HATILAH KAMU DALAM BERHUTANG, SESUNGUHNYA HUTAN ITU MENDATANGKAN KERISAUAN PADA MALAM HARI DAN MENYEBABKAN KEHINAAN PADA SIANG HARI “ (HADIS RIWAYAT AL – BAHAQI)

RENUNGAN HARI JUMAAT – 4 JULAI 2008


“ WAHAI TUHANKU, JIKA AKU MENYEMBAHMU KERANA TAKUT NERAKA, MAKA BAKARLAH AKU DI NERAKA. JIKA AKU MENYEMBAHMU KERANA MENGHARAP SYURGA JANGAN MASUKAN KEDALAMNYA. TAPI JIKA AKU MENYEMBAH MUD EMI ENGKAU SEMATA-MATA JANGAN SEMBUNYIKAN DARIKU KEINDAHAN ABADIMU. (RABI’AH AL ADAWIYYAH).

Selasa, 8 Julai 2008

LAMAN INI SEDANG DALAM PEMBINAAN

Terima kasih dari YB Tuan Mohd Isa Kasim, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR, KAWASAN BATANG KALI, kerana anda sudi singgah dilaman ini. Maaf, keadaan masih belum sempurna, semoga anda akan datang lagi selepas ini.